Cari:
Guangxi China Galakkan Pembinaan Lima Jaringan dengan ASEAN
2015-09-14 15:06:09 CRI Cetak

Forum Pelabuhan Maklumat China-ASEAN dirasmikan di Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China semalam. Naib Pengerusi Guangxi, Zhang Xiaoqin menyatakan bahawa dalam pembangunan infrastruktur telekomunikasi, Guangxi sedang menggalakkan pembinaan jaringan dengan ASEAN dalam lima bidang iaitu landasan kereta api, lebuh raya, pengangkutan laut, penerbangan dan maklumat.

Tambah beliau, syarikat telekomunikasi China Unicom telah menubuhkan biro perniagaan eksport dan import komunikasi antarabangsa yang keempat di Nanning pada tahun 2010, seterusnya memulakan operasi dalam perkhidmatan penghantaran data antarabangsa antara Nanning dengan negara asing, antaranya termasuklah komunikasi terus dengan Vietnam melalui kabel darat, manakala komunikasi terus dengan Malaysia melalui kabel laut.

Guangxi akan berusaha bersama-sama dengan pelbagai pihak di rantau ini untuk membangunkan pelabuhan maklumat China-ASEAN dan membentuk komuniti berkongsi jaringan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China