Cari:
Pangkalan Pelabuhan Maklumat China-ASEAN Buka Tirai di Nanning
2015-09-14 15:47:08 CRI Cetak

Pangkalan Pelabuhan Maklumat China-ASEAN dibuka tirainya secara rasmi dalam Forum Pelabuhan Maklumat China-ASEAN yang diadakan di Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China semalam.

Menteri Jabatan Pentadbiran Teknologi Maklumat China, Lu Wei menyatakan bahawa China akan menggalakkan penubuhan tabung pembinaan Pelabuhan Maklumat China-ASEAN berdasarkan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) dan Tabung Laluan Sutera untuk menambah pelaburan dalam pembangunan infrastruktur maklumat, membangunkan laman web pelabuhan maklumat tersebut, berusaha mempopularkan penggunaan Internet, membatalkan sekatan maklumat dan menyingkirkan perbezaan digital.

Menurut Lu, China juga akan berkongsi perkhidmatan maklumat dengan negara-negara ASEAN dalam bidang ekonomi, kewangan, pendidikan, penyelidikan saintifik, perubatan dan kesihatan serta pemberian amaran bencana. Selain itu, China juga akan memberikan sokongan kepada usaha pembasmian kemiskinan serantau. China berharap agar pelabuhan maklumat itu dapat memberikan manfaat kepada rakyat China dan pelbagai negara ASEAN.

Menurut perancangan, pangkalan utama pelabuhan maklumat itu akan dibina di kawasan Wuxiang, Nanning. Pangkalan itu telah memilih 34 buah projek utama untuk dilaksanakan dengan jumlah pelaburan kira-kira RMB 20.9 bilion.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China