Cari:
Kerajaan Malaysia Bertindak Rangsangkan Pasaran Ekuiti
2015-09-15 13:51:37 CRI Cetak

Kerajaan Malaysia akan mengaktifkan semula ValueCap, sebuah agensi pelaburan saham milik kerajaan dengan dana sebanyak RM20 bilion bagi meningkatkan pasaran ekuiti negara itu.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media semalam berkata, ValueCap telah ditubuhkan pada 2002 untuk menyokong saham yang di bawah nilai pasaran dan didapati berkesan dalam menstabilkan pasaran ekuiti. ValueCap telah memberi pulangan yang tinggi kepada pemegang sahamnya seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan dan Khazanah Nasional Berhad.

Tambah beliau lagi, kejatuhan nilai ringgit dijangka tidak memberi kesan yang besar kepada jumlah hutang Kerajaan Persekutuan memandangkan 59 peratus daripada jumlah hutang berkenaan adalah dalam denominasi Ringgit, dan sebahagian besarnya dibiayai daripada sumber tempatan.

Pada hari yang sama, beliau juga mengumumkan pembatalan tarif import bagi sesetengah sektor pembuatan sehingga ekonomi negara kembali pulih.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China