Cari:
Najib umum pengecualian visa berkumpulan pelancong China
2015-09-15 13:53:13 CRI Cetak

Kerajaan Malaysia mengumumkan pengecualian visa kepada pelancong dari China yang masuk secara berkumpulan bermula 1 Okt tahun ini sehingga 31 Mac tahun depan.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Menurut beliau, selanjutnya pemberian visa akan dipermudahkan kepada pelancong daripada negara pengunjung utama, dengan pengenalan sistem e-visa bagi memudahkan prosedur permohonan visa mereka.

Tambah beliau, kerajaan Malaysia akan menambah RM80 juta bagi memperhebatkan aktiviti promosi di pasaran terpilih, seperti negara Asean, China dan India.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China