Cari:
Indonesia Pelawa Jerman dan Perancis Sertai Tender Projek Kereta Api
2015-09-15 13:23:42 CRI Cetak

Baru-baru ini, ketua rombongan wakil Timbalan Presiden Indonesia, Sofyan Wanandi, menyatakan bahawa mereka telah mempelawa Jerman dan Perancis untuk menyertai tender projek kereta api berkelajuan sederhana dari Jakarta ke Bandung, di samping mengalu-alukan penyertaan China dan Jepun.

Media Indonesia memetik laporan Sofyan Wanandi semalam yang menyatakan bahawa Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), telah membatalkan projek pembinaan landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) dari Jakarta ke Bandung yang diserahkan oleh China dan Jepun.

Serentak dengan itu, projek tersebut akan diubah kepada landasan kereta api berkelajuan sederhana. Presiden Jokowi menuntut projek tersebut dijalankan secara kerjasama antara syarikat. Oleh itu, Indonesia akan memilih syarikat yang terlibat melalui tender terbuka.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China