Cari:
Lapan Cadangan dalam Pembinaan Pelabuhan Maklumat China-ASEAN
2015-09-15 15:16:32 CRI Cetak

Forum Pelabuhan Maklumat China-ASEAN yang bertemakan "Internet dan Laluan Sutera Maritim - Kerjasama, Saling Menguntungkan dan Situasi Menang-menang" telah berakhir di Naning, Guangxi China semalam.

Naib Menteri Jabatan Pentadbiran Teknologi Maklumat China, Zhuang Rongwen yang mewakili kerajaan China telah mengemukakan lapan cadangan untuk mewujudkan kerjasama ruangan rangkaian Internet China-ASEAN dan bersama-sama membentuk komuniti berkongsi nasib China-ASEAN.

Lapan cadangan itu meliputi pertama, berkongsi hasil pembangunan ruangan rangkaian Internet, memberikan lebih banyak manfaat kepada rakyat serantau dengan bersama-sama membentuk komuniti berkongsi nasib China-ASEAN dan Laluan Sutera Maritim abad ke-21; kedua, bersama-sama menubuhkan pelabuhan maklumat China-ASEAN, menggalakkan pembinaan infrastruktur maklumat rangkaian serantau, menggalakkan kesalinghubungan dan membangunkan pasaran ekonomi menerusi Internet; ketiga, menghormati kedaulatan rangkaian pelbagai negara, menggalakkan pembinaan sistem tadbir urus Internet antarabangsa pelbagai pihak, demokrasi dan telus; keempat, memelihara keselamatan siber dengan bersungguh-sungguh; kelima, bersama-sama membanteras ancaman dan serangan siber; keenam, bersama-sama memerangi jenayah siber, antaranya termasuklah kegiatan mencuri maklumat dan mencabuli maklumat peribadi; ketujuh, menyediakan suasana persekitaran siber yang selamat dan sihat kepada golongan bawah umur; dan kelapan, meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan, sosiobudaya dan teknikal melalui Internet.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China