Cari:
Sekolah Malaysia Ditutup Akibat Jerebu yang Teruk
2015-09-15 17:13:32 CRI Cetak

Sekolah di tiga buah negeri dan dua kawasan Wilayah Persekutuan Malaysia yang ditutup hari ini akibat keadaan jerebu yang semakin teruk hanya akan dibuka semula setelah Indeks Pencemaran Udara (IPU) menurun kepada 150.

Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, penutupan sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka itu terpaksa dilakukan demi kesihatan murid dan pelajar setelah indeks IPU meningkat daripada tahap tidak sihat kepada sangat tidak sihat malam tadi.

Menurut beliau, sebanyak 2,045 sekolah melibatkan 1.523 juta pelajar terbabit dalam penutupan hari ini.

Singapura

 

Masalah jerebu turut semakin teruk di negara jiran dengan Indonesia hari ini mengisytiharkan Riau sebagai kawasan darurat kerana jerebu berada di tahap sangat berbahaya, manakala keadaan berjerebu masih berterusan di Singapura dengan kualiti udara kekal pada tahap tidak sihat.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China