Kapal frigat peluru berpandu Yuncheng milik angkatan tentera laut China tiba di Teluk Tomini Indonesia bagi menghadiri aktiviti pemeriksaan barisan kehormat bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia.
Aktiviti pemeriksaan barisan kehormat "Sail Tomini 2015" ini akan diadakan di Teluk Tomini dan kawasan perairan provinsi Sulawesi Tengah yang turut disertai kapal tentera laut dari Indonesia, China, AS, Korea Selatan dan Australia.
Aktiviti itu akan disaksikan oleh panglima tentera laut dan wakil dari lebih 20 buah negara.