Cari:
China dan Vietnam Sepakat Kukuhkan Hubungan Dua Hala
2015-09-16 12:13:17 CRI Cetak

China dan Vietnam diharap dapat bersama-sama mengukuhkan hubungan yang sihat dan stabil dengan mengambil peluang sempena ulang tahun ke-65 terjalinnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Demikian dinyatakan Naib Perdana Menteri China, Zhang Gaoli ketika mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Vietnam, Nguyen Xuan Phuc di Beijing semalam.

Beliau turut melahirkan hasrat agar kedua-dua negara terus memperkasakan kerjasama maritim, di samping mengendalikan perselisihan dengan baik bagi memelihara kestabilan di kawasan perairan.

Nguyen Xuan Phuc pula berkata, pihaknya memberikan keutamaan kepada perkembangan hubungan dengan China, dan bersedia untuk mengekalkan pertukaran di peringkat pucuk pimpinan bagi meningkatkan kepercayaan politik antara satu sama lain. Vietnam berharap agar terus memperkasakan perkembangan perkongsian strategik secara menyeluruh dengan China, di samping meningkatkan kerjasama pragmatik dengan China dalam bidang sosiobudaya, perdagangan, pembinaan infrastruktur, pelaburan, kapasiti pengeluaran, kewangan dan pengangkutan.

Nguyen Xuan Phuc juga akan menghadiri Ekspo China-ASEAN kali ke-12 yang bakal diadakan di Nanning, Guangxi China pada 18 September nanti.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China