Cari:
Import China dari Malaysia Meningkat
2015-09-16 14:39:50 CRI Cetak

Menurut statistik Pentadbiran Am Kastam China, import China dari Malaysia mencatat USD 4.53 bilion pada bulan Ogos lalu, meningkat 5.1 peratus, manakala jumlah dagangan China-Malaysia mencatat USD 8.07 bilion, menurun 4.3 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.

Statistik tersebut juga menunjukkan bahawa eksport China ke Malaysia menurun sebanyak 13.8 peratus, iaitu kira-kira USD 3.55 bilion.

Keadaan tersebut berlaku berikutan nilai mata wang Ringgit Malaysia (RM) yang semakin menyusut, mengakibatkan kos import Malaysia meningkat, manakala persaingan dalam eksport Malaysia pula semakin baik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China