Cari:
Pusat Serantau CMEC Yang Pertama di Singapura
2015-09-16 15:32:40 CRI Cetak

Subsidiari milik penuh Syarikat Kejuruteraan dan Jentera China (CMEC), iaitu Syarikat Pembangunan Tengxin Berhad telah mengadakan majlis perasmian di Singapura, yang menjadikannya pusat serantau CMEC di pasaran Asia Selatan dan Asia Tenggara.

Pengarah Eksekutif Rancangan Perbandaran, Infrastruktur dan Perindustrian Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura, Goh Chee Kiong, menyatakan bahawa CMEC menubuhkan ibu pejabat serantau di Singapura merupakan inisiatif menang-menang, dari segi yang lain pula CMEC akan lebih mudah mencari peluang perniagaan dalam bidang infrastruktur di Asia Tenggara dan memperkukuh kedudukan Singapura sebagai tempat pilihan pertama dalam bidang pengurusan, pembiayaan dan pembangun projek infrastruktur di Asia.

Duta Besar China ke Singapura, Chen Xiaodong bersama-sama dengan tokoh-tokoh sektor perniagaan dan perbankan Singapura menghadiri majlis perasmian tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China