Cari:
APM: Siti Nurhaliza Paling Banyak Terima Pencalonan
2015-09-17 12:03:13 CRI Cetak

Datuk Siti Nurhaliza mendominasi enam pencalonan menerusi lima kategori yang dipertandingkan, manakala Taufik dicalonkan dalam tujuh kategori.

Datuk Siti Nurhaliza muncul sebagai artis Malaysia yang paling banyak menerima pencalonan pada majlis Anugerah Planet Muzik (APM) 2015 yang bakal berlangsung di Singapura, 9 Oktober ini.

Beliau mendominasi enam pencalonan menerusi lima kategori yang dipertandingkan.

Dalam kategori Lagu Paling Popular, Siti dicalonkan menerusi dua lagu, iaitu Jaga Dia Untukku dan Seluruh Cinta berduet dengan penyanyi Indonesia, Cakra Khan.

Kategori lain ialah Artis Wanita Terbaik, Kolaborasi Terbaik Artis, Kolaborasi Terbaik Lagu dan Duo Terbaik.

(sumber Berita Harian Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China