Cari:
Liow Tiong Lai: Tempoh Sensitif bagi Hubungan Pelbagai Kaum di Malaysia Sekarang
2015-09-17 15:59:13 CRI Cetak

Hubungan antara pelbagai kaum di Malaysia sedang berada dalam tempoh sensitif,setiap rakyat Malaysia mempunyai peranan masing-masing dalam membentuk masa depan negara. Peranan ini antaranya termasuk saling bertolak ansur dan hormat-menghormati, berbuat kebaikan dan bertimbang-rasa terhadap semua kepercayaan dan budaya dan seterusnya, saling bekerjasama tanpa mengambil kira apa jua perbezaan antara satu sama lain.

Demikian dinyatakan Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA), Datuk Seri Liow Tiong Lai di Kuala Lumpur semalam.

Bersempena dengan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September, Liow Tiong Lai mengeluarkan kenyataan bahawa warga Malaysia tanpa mengira lapisan umur, bangsa dan agama telah sama-sama bekerja keras dan banyak berkorban untuk mengecapi segala kejayaan dan kemajuan negara, bukan sahaja sebagai individu malahan sebagai sebuah negara.

Liow Tiong Lai menganggap Malaysia sekarang berada di persimpangan. Rakyat Malaysia seharusnya lebih tegas dalam menetapkan pendirian menentang ketidaktoleransi dan ekstrimisme dan juga sebarang perselisihan serta sikap tidak hormat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China