Cari:
Gempa Bumi 6.3 Skala Richter Gegar Maluku Indonesia
2015-09-17 11:31:34 CRI Cetak

Kawasan perairan laut provinsi Maluku Utara, timur Indonesia dilanda gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter semalam. Setakat ini, masih belum ada kematian atau kemusnahan harta benda dilaporkan.

Menurut laman web Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG), gempa bumi berlaku pada pukul 4.40 petang waktu tempatan semalam. Pusat gempa terletak di perairan laut yang jaraknya 125 kilometer dari barat laut provinsi Maluku Utara, sedalam 10 kilometer.

Badan pengawasan dan pengesanan Indonesia tidak memberikan amaran tsunami ekoran gempa bumi tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China