Cari:
Pesawat Komersial Buatan China Tembusi Industri Penerbangan Thailand
2015-09-17 16:26:02 CRI Cetak

Pameran Penerbangan Antarabangsa Beijing ke-16 dirasmikan semalam. Syarikat Penerbangan Komersial China (COMAC), Syarikat Penerbangan City Airways Thailand dan Syarikat ICBC Leasing telah mencapai perjanjian antara tiga pihak dan memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi pembelian dan penyewaan 10 pesawat komersial C919 dan 10 pesawat komersial bukan laluan utama ARJ 21-700.

Ini menandakan pesawat komersial buatan China pertama kali berjaya menembusi industri penerbangan Thailand.

Menurut Ketua Pengarah City Airways Thailand, pembelian pesawat komersial buatan China kali ini akan mempercepat urusan perniagaan dan memenuhi keperluan penerbangan dalam dan luar negara Thailand.

Menurut Ketua Akauntan COMAC, Tian Min, pihaknya akan merapatkan kerjasama dengan City Airways Thailand dan ICBC Leasing, meneroka pasaran pengangkutan udara dan penerbangan awam di Asia Tenggara, serta menyediakan pelbagai pilihan kepada penumpang untuk keselesaan mereka.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China