Cari:
Li Keqiang Ditemui Nguyen Xuan Phuc
2015-09-17 16:28:31 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang ditemui Timbalan Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc dalam rangka lawatan rasmi ke China dan Ekspo China-ASEAN ke-12 di Beijing petang semalam.

PM Li berkata, berdasarkan situasi ekonomi antarabangsa yang semakin kompleks, China dan Vietnam diharap dapat sama-sama menggalakkan pembinaan "Satu Jalur, Satu Laluan" (OBAOR) dan "Dua Koridor, Satu Lingkaran" serta memberikan impak kepada perindustrian serta transformasi dan penaiktarafan struktur ekonomi berdasarkan kerjasama antarabangsa.

Usaha China-Vietnam sangat signifikan dalam mewujudkan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara dan kesalinghubungan serantau serta bermanfaat kepada rakyat kedua-dua negara dan pembangunan negara jiran.

Li menegaskan bahawa kedua-dua negara perlu memelihara kestabilan di kawasan perairan, merapatkan kerjasama maritim dan meningkatkan interaksi sosiobudaya bagi meningkatkan kepercayaan rakyat kedua-dua negara demi mengeratkan persahabatan antara satu sama lain. Diharap tinjauan bersama China-Vietnam di kawasan perairan laut di luar Teluk Beibu dapat dilaksanakan dengan lebih awal dan persiapan sempena Perhimpunan Belia China-Vienam kali ke-3 dapat dilakukan dengan sempurna.

Nguyen Xuan Phuc pula berkata, hubungan Vietnam-China yang mampan merupakan keutamaan dalam dasar luar Vietnam. Pihaknya bersedia untuk berusaha bersama-sama dengan China memelihara kestabilan kawasan perairan dan melaksanakan kerjasama maritim secara berperingkat-peringkat, serta menggalakkan perkembangan hubungan rakan kerjasama strategik komprehensif Vietnam-China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China