Cari:
Zhang Gaoli Bertemu dengan Pemimpin Negara-Negara ASEAN
2015-09-18 16:49:10 CRI Cetak

Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, yang juga Naib Perdana Menteri China, Zhang Gaoli bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Thailand, Tanasak Patimapragorn, Timbalan Presiden Myanmar, Sai Mauk Kham dan Timbalan Perdana Menteri Laos, Somsavat Lengsavat yang berkunjung ke China bagi menghadiri Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-12 di bandar Nanning, Guangxi semalam.

Ketika bertemu dengan Tanasak Patimapragorn, Zhang berkata, bersempena dengan ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik China-Thailand, China bersedia untuk bersama-sama dengan Thailand memperkasakan kerjasama bilateral dalam projek pembinaan landasan kereta api, perdagangan produk pertanian, penguatkuasaan undang-undang serta keselamatan dan pertahanan.

Tanasak menyatakan bahawa Thailand bersedia untuk menyertai usaha China dalam memperkasakan kerjasama bilateral yang pragmatik dalam pelbagai bidang dan mendorong perkembangan hubungan ASEAN-China.

Ketika bertemu dengan Sai Mauk Kham, Zhang berkata, beliau berharap agar China-Myanmar terus mendorong strategik saling mempercayai, meningkatkan pertukaran pada peringkat tinggi, meningkatkan pertukaran pengalaman pemerintahaan negara, mempercepat kerjasama pelbagai projek, memperluas kerjasama sosiobudaya, mendorong hubungan China-Myanmar berkembang dengan stabil dan berterusan.

Ketika bertemu dengan Somsavat, Zhang berkata, China bersedia untuk meningkatkan pertukaran strategik dengan Laos, giat mendorong penggabungan inisiatif "Satu Jalur, Satu Laluan"(OBAOR)dengan strategik pembangunan Laos, meningkatkan kerjasama dalam bidang infrastruktur, pertanian, sumber tenaga dan memperluas pertukaran sosiobudaya bagi mendorong perkembangan hubungan kerjasama rakan strategik China-Laos secara menyeluruh. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China