Perdana Menteri China, Li Keqiang bertemu dengan Ketua Majlis Permesyuaratan Rakyat Indonesia (MPR) Zulkifli Hasan di Zhongnanhai, Beijing semalam.
PM Li menegaskan, China bersedia untuk menggabungkan inisiatif "Laluan Sutera Maritim Abad ke-21" dengan gagasan " Poros Maritim Dunia" Indonesia, melaksanakan kerjasama antarabangsa, mendorong proses industrialisasi dan menggalakkan kerjasama bilateral ke tahap baharu. Li juga berharap agar MPR dapat meningkatkan kerjasama dan pertukaran dengan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China, memperkasakan persahabatan rakyat kedua-dua negara, serta mendorong pelaksanaan perjanjian yang telah dicapai antara kerajaan dan syarikat kedua-dua negara.
Zulkifli menyatakan bahawa Indonesia berharap dapat meningkatkan pertukaran dengan China dalam pelbagai bidang, melaksanakan kerjasama maritim, pelaburan, kewangan dan sumber tenaga, mengeratkan perhubungan antara sektor korporat dan kalangan rakyat, serta mendorong pelaksanaan perjanjian kerjasama bilateral secara menyeluruh.