Cari:
ASEAN, Sumber Pelaburan Asing Ketiga Terbesar China
2015-09-19 14:29:32 CRI Cetak

Setakat penghujung 2014, jumlah pelaburan negara-negara ASEAN di China telah mencatat USD 91.74 bilion sehingga ASEAN melebihi Australia, AS dan Rusia menjadi sumber pelaburan asing ketiga terbesar bagi negara ini.

Demikian dimaklumakan oleh Naib Ketua Jabatan Hal Ehwal Galakan Pelaburan Kementerian Perdagangan China, Zhang Yuzhong dalam persidangan demi menarik pelaburan bagi Taman Perindustrian ASEAN semalam.

Tahun ini merupakan Tahun Kerjasama Maritim China-ASEAN, dan juga adalah tahun pertama pelaksanaan gagasan "Satu Jalur, Satu Laluan" dan tahun penubuhan Komuniti ASEAN. Zhang Yuzhong berkata, rundingan mengenai penaiktarafan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) juga akan diselesaikan menjelang penghujung tahun ini. Oleh itu, syarikat-syarikat dari China dan pelbagai negara ASEAN boleh mengambil peluang ini untuk mengintensifkan kerjasama pelaburan antara kedua-dua pihak bagi memacu pemulihan ekonomi serantau bahkah pertumbuhan ekonomi sejagat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China