Cari:
Pembinaan Landasan Kereta Api Thailand-China akan Bermula pada Disember
2015-09-20 14:30:44 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Thailand dan China telah mengadakan rundingan kali ketujuh mengenai pembinaan bersama landasan kereta api antara kedua-dua negara. Pembinaan projek kerjasama tersebut akan bermula pada bulan Disember tahun ini.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Thailand, Tanasak Patimapragorn ketika menghadiri Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-12 yang diadakan di Nanning, wilayah Guangxi pada 18 hingga 21 September ini.

Tanasak berkata, tahun ini merupakan ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik China-Thailand, jadi kerjasama dalam pembinaan landasan kereta api antara kedua-dua negara amat signifikan. Projek landasan kereta api itu bermanfaat kepada pembinaan bersama Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 atas inisiatif China.

Beliau menambah, negaranya amat memberi keutamaan kepada kesalinghubungan dengan negara-negara jiran dalam bidang pengangkutan, telekomunikasi serta pertukaran sosiobudaya. Dalam pada itu, Thailand telah melaksanakan pelbagai dasar khas untuk menarik kedatangan modal asing bagi menjalankan kerjasama dalam bidang pembinaan infrastruktur.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China