Cari:
Platform E-Dagang Rentas Sempadan China-ASEAN Beroperasi di Nanning
2015-09-20 14:50:53 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Majlis pelancaran platform e-dagang rentas sempadan China-ASEAN diadakan di Nanning, wilayah Guangxi semalam. Majlis itu turut dihadiri oleh pemimpin sektor industri dan perdagangan dari Singapura, Vietnam, Kemboja, Myanmar dan Laos.

Sekretariat Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN dan para pemimpin sektor industri dan perdagangan dari negara-negara ASEAN tersebut bersama-sama menandatangani memorandum persefahaman(MoU) Kerjasama Platform E-Dagang Rentas Sempadan China-ASEAN untuk bersama-sama melancarkan platform e-dagang rentas sempadan China-ASEAN dan membina modal kerjasama baharu yang menawarkan perkhidmatan kepada perusahaan sektor industri dan perdagangan China dan ASEAN.

Pembinaan platform e-dagang tersebut akan menyediakan perkhidmatan maklumat kepada syarikat China dan ASEAN dalam pelbagai bidang. Pelancaran platform ini akan memperkayakan konotasi pembinaan penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA), malah bermanfaat bagi pembangunan dan inovasi kepelbagaian kaedah kerjasama ekonomi dan perdagangan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China