Cari:
China-ASEAN Keluarkan Deklarasi Kerjasama Undang-Undang
2015-09-20 16:22:30 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China dan ASEAN mengeluarkan Deklarasi Kerjasama Undang-Undang dalam Seminar Kerjasama Undang-Undang Hal Ehwal Perdagangan China-ASEAN yang diadakan di Nanning, wilayah Guangxi semalam.

Dalam seminar ini, pemimpin sektor industri dan perdagangan, pegawai undang-undang serta usahawan dari China dan sepuluh negara anggota ASEAN bersama-sama mengadakan perbincangan yang bertemakan "Kerjasama undang-undangan serantau dan pembinaan 'Satu Jalur, Satu Laluan'(OBAOR)".

Naib Presiden Majlis Penggalakkan Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT), Yin Zonghua memaklumkan bahawa pada tahun-tahun kebelakangan ini, seiring dengan hubungan ekonomi dan perdagangan antara China dan ASEAN dijalinkan secara menyeluruh, risiko perundangan dan pertikaian pelaburan juga semakin bertambah banyak dalam bidang kontrak projek dan kerjasama teknologi. Dalam pada itu, undang-undang perlu diberi keutamaan dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan telah menjadi konsensus utama bagi tokoh-tokoh sektor industri dan perdagangan China dan ASEAN.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China