Cari:
Najib Saksi MoU Melaka-Guangdong
2015-09-22 15:57:48 CRI Cetak

Melaka, Malaysia dan provinsi Guangdong, China memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan Gabenor Provinsi Guangdong, Zhu Xiaodan menandatangani MoU itu, dengan kehadiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menyaksikan majlis itu, selepas menerima kunjungan hormat Zhu dan delegasi beliau di pejabatnya di Putrajaya, semalam.

Antara bidang kerjasama di bawah memorandum itu ialah pembangunan tanah termasuk tebus guna tanah, pertanian, kesalinghubungan, perkongsian ilmu dalam perdagangan dan pelaburan, pelancongan, pembangunan taman perindustrian yang menggalakkan teknologi hijau serta kemudahan komunikasi antara pengamal dan institusi kebudayaan misalnya muzium.

Dalam sidang media selepas itu, Idris berkata, sebuah jawatankuasa kerja akan ditubuhkan bagi memantau pelaksanaan bidang kerjasama yang dibincangkan agar menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Menurut beliau, Najib dan Zhu juga mahu penerbangan langsung Melaka-Guangdong dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

(sumber Utusan Online Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China