Cari:
Latihan Bersama China-Malaysia Capai Objek
2015-09-23 14:55:23 CRI Cetak

Latihan ketenteraan bersama China-Malaysia dengan kod "Peace and Friendship 2015" berakhir di pangkalan udara Subang Selangor di Malaysia semalam.

Naib Ketua Turus Pasukan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China, Leftenan Jeneral Yi Xiaoguang berkata, latihan kali ini telah berjaya meningkatkan persefahaman, rasa saling mempercayai dan persahabatan antara kedua-dua pihak.

Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Mohd Johari Baharum pula menyatakan bahawa latihan ketenteraan tersebut telah mencapai objek utama, iaitu melaksanakan perancangan operasi bersama yang melibatkan bantuan kemanusiaan dan operasi menyelamat, sekali gus membuktikan kemampuan peserta.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China