Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Pertahanan China-ASEAN (10+1) bakal diadakan di Beijing pada 15 hingga 16 Oktober ini bagi mengintensifkan hubungan strategik yang saling mempercayai dan kerjasama pragmatik antara China dengan ASEAN.
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Pertahanan China, Wu Qian dalam sidang media semalam. Menurut beliau, mesyuarat kali ini bertemakan "Ke Arah Komuniti Berkongsi Nasib China-ASEAN, Memperkasakan Kerjasama Pertahanan dan Keamanan".
Menteri Pertahanan China, Chang Wanquan akan bertukar-tukar pandangan dengan pemimpin jabatan pertahanan dari 10 negara anggota ASEAN.