Seiring dengan penangkapan beberapa anggota kumpulan militan Negara Islam (IS), ancaman serangan keganasan mungkin tercetus di pusat bandar Kuala Lumpur. Demikian dinyatakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini.
Dimaklumkan, PDRM sedang mengawasi dan memperhebat rondaan di sekitar Jalan Alor.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya telah menahan 131 suspek yang terlibat dalam kegiatan keganasan, termasuk penduduk tempatan yang menyalurkan sumber kewangan kepada IS.