Cari:
Indonesia Ubah Suai Projek Pembinaan Kereta Api Laju di Pulau Jawa
2015-09-25 14:50:10 CRI Cetak

Menteri Koordinator Perekonomian Indonesia, Darmin Nasution telah berbincang tentang projek pembinaan kereta api laju di Pulau Jawa dengan Duta Besar Jepun ke Indonesia, Yasuaki Tanizaki di Jakarta kelmarin.

Selepas pertemuan tersebut, Nasution berkata, pihaknya akan meneruskan projek berkenaan, namun masih belum memutuskan tahap kelajuan kereta api tersebut.

Menurut rancangan kerajaan yang baharu, tahap kelajuan kereta api tersebut mungkin antara 200 hingga 250 kilometer sejam.

Selain itu, tiga syarat turut dikemukakan, iaitu pembinaan projek berkenaan tidak akan membebankan kewangan kerajaan, kerajaan bebas daripada menjamin membayar pinjaman wang dan sektor swasta diberi keutamaan dalam pembinaan projek berkenaan.

China telah menyatakan sudi menerima syarat-syarat tersebut, namun Jepun masih belum menyatakan pendirian mereka kerana "perlu mengetahui perincian projek tersebut".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China