Lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Amerika Syarikat (AS) turut menjadi tumpuan utama negara-negara Asia Tenggara.
Pengarah Institut Pengajian Hubungan Antarabangsa dan Keselamatan dari Univerisiti Chulalongkorn, Thailand, Thitinan Pongsudhirak menyifatkan rasa saling mempercayai yang semakin meningkat antara China dengan AS menjadi tunjangan yang kukuh kepada keamanan dan kestabilan Asia Tenggara.
Tang Zhimin, pengarah Pusat Pengajian China-ASEAN, Institut Pengurusan Panyapiwat Thailand berpendapat, China dan AS merupakan pasaran eksport utama Thailand dan negara-negara ASEAN yang lain.
Sekiranya kerjasama antara kedua-dua kuasa besar itu dapat diperkasakan, perdagangan Thailand akan memperoleh lebih banyak manfaat.
Penyelidik kanan dari Universiti Teknologi Nanyang Singapura (NTU), Oh Ei Sun berkata, kerjasama China dan AS dalam usaha memerangi keganasan dan kegiatan lanun serta perubahan iklim boleh dilebarkan demi menyumbang kepada perkembangan serantau, bahkan dunia.