Rakyat Malaysia, Singapura dan Indonesia terutamanya di wilayah Kalimantan dan Sumatera yang bersatu suara meluahkan rasa bosan, mengecam kegagalan pemerintah Indonesia menangani masalah jerebu.
Tindakan saman itu merupakan langkah terbaik dalam keadaan terdesak memandangkan saluran dialog tidak lagi berkesan mengatasi isu jerebu yang berlarutan sejak tahun 1990-an lagi.
Dalam perkembangan terbaharu, jerebu teruk yang kembali melanda Malaysia menyebabkan sekali lagi selepas 15 September lalu, semua sekolah di Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sri Aman, Kuching dan Samarahan dan Tanjung Malim ditutup.
---Utusan