Cari:
Pemburuan Suspek Serangan Bangkok Berakhir
2015-09-29 11:32:46 CRI Cetak

Pemburuan suspek serangan pengeboman Kuil Erawan di tengah Bangkok awal bulan lepas, berakhir selepas seorang lelaki bernama Bilal Muhammad atau Adem Karadag mengaku melakukan letupan berkenaan.

Menurut pihak polis Thailand, Bilal dikenal pasti melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di luar kuil berkenaan berikutan usaha polis Thailand yang menemuramah le­bih 100 saksi. Namun kewarganegaraannya masih belum dapat dipastikan kerana suspek itu menggunakan pasport palsu.

Ketua Polis Thailand, Jeneral Somyot Poompanmoung mengesahkan perkara tersebut dan mengaitkan insiden itu dengan kes penyeludupan manusia yang berjaya ditumpaskan oleh pihak berkuasa baru-baru ini.

Bilal Muhammad dan seorang suspek lagi Mieraili Yusufu akan diserahkan kepada Mahkamah Ketenteraan Thailand selepas 60 hari.

Serangan pada 17 Ogos itu menyebabkan 20 orang maut dan 120 lagi cedera, antaranya termasuk warga China, Thailand, Singapura dan Malaysia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China