Demikian dinyatakan beliau ketika ditanya tentang respons China terhadap kenyataan Presiden Vietnam yang menyebut bahawa pembinaan China di kepulauan Nansha melanggar undang-undang antarabangsa dan mengancam keselamatan maritim.
Hong Lei berkata, kepulauan Nansha merupakan wilayah China sejak zaman dahulu dan China mempunyai bukti yang kukuh tentang fakta tersebut. Pembinaan China di kepulauan Nansha adalah sah, munasabah dan tidak menyasarkan atau menjejaskan mana-mana negara.
Tegas beliau lagi, pembinaan China di kepulauan Nansha adalah untuk menawarkan perkhidmatan awam kepada dunia dan bermanfaat demi menjaga kebebasan dan keselamatan pelayaran di kawasan terbabit. China berharap pihak-pihak berkaitan dapat memahami tindakan ini dengan betul.