Cari:
Majlis Sambutan Hari Kebangsaan RRC ke-66 di Malaysia
2015-09-30 16:08:54 CRI Cetak
Kedutaan Besar China di Malaysia dan Pejabat Konsulat China di Kota Kinabalu masing-masing mengadakan majlis sambutan ulang tahun ke-66 penubuhan Republik Rakyat China (RRC) semalam.

Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang dalam majlis itu berkata, Malaysia merupakan jiran rapat China. China amat mementingkan kerjasama dan persahabatan dengan Malaysia dan bersedia untuk mengeratkan lagi persahabatan tradisional itu. 

Konsul Jeneral China di Kota Kinabalu, Chen Peijie pula menyatakan bahawa kerjasama China-Malaysia dalam pelbagai bidang meningkat dengan ketara.

Beliau berkata, pejabat konsulat itu akan memulakan urusan visa pada penghujung tahun ini dan hal ini bermakna penduduk Sabah boleh memohon visa China di negeri itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China