Cari:
Najib: Malaysia Perlu Kekalkan Momentum Ekonomi
2015-09-30 12:47:06 CRI Cetak

Malaysia perlu mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi sekitar enam peratus yang dicatatkannya sekarang bagi memastikan matlamatnya menjadi negara berpendapatan tinggi dapat dicapai menjelang tahun 2020.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada mesyuarat tahunan Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) ke-5 semalam.

Menurut Najib, beliau percaya sasaran tersebut akan dapat direalisasikan dan menyifatkan Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai wawasan itu sungguhpun situasi ekonomi semasa tidak menentu.

GSIAC ditubuhkan atas inisiatif Najib pada tahun 2011. Fungsinya adalah untuk bekerjasama dengan tokoh-tokoh sains Amerika Syarikat dan antarabangsa bagi mentransformasikan ekonomi Malaysia dan memberikannya suatu lompatan kuantum melalui projek-projek bersama dalam bidang sains dan inovasi.

---Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China