Cari:
Indonesia akan Dakwa 40 Individu
2015-09-30 15:24:55 CRI Cetak

Kerajaan Indonesia akan mendakwa 40 individu yang dipercayai terbabit dalam pembakaran terbuka yang mengakibatkan jerebu di beberapa negara di Asia Tenggara. Mereka akan didakwa di mahkamah Sumatera dan Kalimantan dalam masa terdekat.

Demikian dinyatakan Ketua Polis Indonesia, Jeneral Badrodin Haiti ketika ditemui di majlis perasmian Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) ke-10 hari ini.

Menurut beliau, mereka bakal didakwa mengikut Undang-Undang Lingkungan Hidup dan Perhutanan. Selain itu, kerajaan juga berjaya mengesan kira-kira 210 kes kebakaran hutan secara terbuka yang melibatkan individu dan syarikat korporat tempatan serta luar negara.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas tindakan saman Singapura ke atas Indonesia, beliau berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang notis yang berkenaan.

---Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China