Mantan Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra mengemukakan dakwaan terhadap Peguam Negara kerana tindakannya yang "salah dan tidak adil" apabila menguruskan kes melibatkan Yingluck.
Parlimen Thailand meluluskan dakwaan terhadap Yingluck pada 23 Januari tahun ini. Di samping itu, Yingluck dikenakan tindakan tidak boleh menceburi arena politik dalam tempoh lima tahun. Pada hari yang sama, Peguam Negara tersebut turut mengemukaan prosiding jenayah terhadap Yingluck.
Pasukan peguam bela yang mewakili Yingluck mempersoalkan dakwaan yang dikemukakan oleh peguam negara dan menyatakan dakwaan itu kekurangan bukti dan saksi.