Cari:
Wang Yi Utus Kawat Tahniah kepada Vivian Balakrishnan
2015-10-01 20:13:24 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi mengutus kawat tahniah kepada Vivian Balakrishnan yang dilantik sebagai Menteri Luar Singapura semalam.

Menurut beliau, China dan Singapura perlu merapatkan interaksi dan kerjasama dalam bidang pelaburan, ekonomi dan perdagangan, kewangan, teknologi perlindungan alam sekitar, tadbir urus sosial, sosiobudaya, dan sebagainya.

China mengutamakan hubungan dengan Singapura.

Diharap kedua-dua negara dapat meningkatkan kepercayaan politik, merapatkan kerjasama dalam pelbagai sektor, mengukuhkan koordinasi dan penyelarasan dalam urusan antarabangsa dan serantau demi menggalakkan hubungan China-Singapura melonjak ke satu tahap yang lebih tinggi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China