Cari:
Tiga Maut Letupan Bom di Filipina
2015-10-02 13:50:35 CRI Cetak

Menurut polis Filipina, satu insiden letupan bom berlaku di bandar Isabela, provinsi Basilan, selatan negara itu semalam.

Konvoi kereta Timbalan Datuk Bandar turut diserang dan mengakibatkan tiga orang maut dan beberapa orang lagi cedera.

Menurut Ketua Pengarah Biro Polis Isabela, Albert Larubis, sebuah beca yang membawa bahan peledak meletup di kawasan berdekat dengan rumah Datuk Bandar, Cherrylyn Santos- Akbar. Pada ketika itu, konvoi kerete Timbalan Datuk Bandar, Abdulbaki Ajibon sedang melalui tempat kejadian. Sebuah kereta terjejas, dua orang pengawal Ajibon dan seorang pejalan kaki maut.

Setakat ini, masih belum ada pertubuhan atau individu yang mengaku bertanggungjawab atas insiden tersebut.

Pilihan Raya Umum Filipina bakal diadakan pada bulan Mei tahun depan.

Hari penamaan calon akan dijalankan tidak lama lagi.

Sebanyak 249 insiden kekerasan yang mengakibatkan 148 orang terkorban telah berlaku dalam pilihan raya umum pada tahun 2004.

Manakala, dalam pilihan raya umum pada tahun 2007, kira-kira 229 insiden kekerasan berlaku yang mengakibatkan 121 orang maut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China