Cari:
Malaysia Bercadang Bina Pusat Serantau Digital Memerangi Mesej Melalui Komunikasi
2015-10-02 14:23:48 CRI Cetak

Malaysia bercadang mewujudkan Pusat Serantau Digital Memerangi Mesej melalui Komunikasi, dalam usaha terbaharu mengekang pengaruh I-S.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengemukakan cadangan itu pada Sidang Kemuncak Pemimpin mengenai Pembanterasan dan Keganasan Melampau yang dipengerusikan Presiden Barack Obama di New York berkata, Kuala Lumpur sedang meneroka secara aktif kemungkinan mewujudkan pusat seumpama itu. Beliau juga berkata, dengan sokongan dan penyertaan yang perlu, langkah itu kelak boleh menjadi benteng penting di barisan hadapan dalam usaha menguatkan gerakan anti-pemesejan I-S.

Rantau Asia Tenggara tidak terkecuali daripada ancaman militan, tetapi Malaysia bernasib baik, kerana tidak berdepan keganasan besar. Namun, usaha memerangi keganasan berterusan dalam cubaan untuk mengenal pasti kumpulan pelampau yang berhasrat berkunjung ke Asia Barat melalui Malaysia, dan menghalang beberapa individu daripada merosakkan kehidupan mereka dan nyawa orang lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China