Cari:
Malaysia Setuju Terima 3,000 Pelarian Syria
2015-10-02 14:35:08 CRI Cetak

Malaysia bersetuju untuk menerima 3,000 orang pelarian perang dari Syria yang dilanda konflik bagi menangani krisis pelarian negara tersebut.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada sesi perbahasan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, mangsa-mangsa pelarian perang itu akan diambil secara berperingkat-peringkat dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Menurut Najib, satu bentuk penyelesaian antarabangsa baharu adalah diperlukan untuk menangani krisis migrasi dunia.

Beliau memberitahu negara-negara PBB bahawa masyarakat dunia tidak boleh memandang sahaja krisis di Syria itu tanpa berbuat apa-apa.

Dalam ucapannya, Najib juga mengutuk bahaya ideologi kumpulan pengganas Negara Islam (IS) yang turut terbabit dalam pertempuran, penyeksaan dan kekejaman di Syria dan Iraq serta berusaha menyebarkan dakyah jahatnya ke negara-negara Islam lain.

---Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China