Cari:
Malaysia: Bajet 2016 Lebih Besar, Tingkat Pertumbuhan Ekonomi Domestik
2015-10-02 14:36:41 CRI Cetak

Peruntukan Bajet 2016 Malaysia yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Oktober ini adalah lebih besar berbanding tahun lalu dengan matlamat meningkatkan pertumbuhan ekonomi domestik.

Menteri Kewangan II Malaysia, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, Bajet 2016 juga dirangka bagi merancakkan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) yang akan memulakan programnya pada tahun depan.

Dalam merangka peruntukan bajet, kerajaan turut mengambil kira perkembangan ekonomi semasa.

Ahmad Husni turut menyifatkan Bajet 2016 sebagai sangat mencabar kerana perlu melakukan keseimbangan antara ketidaktentuan ekonomi global dengan memastikan visi kemakmuran rakyat tercapai.

Tambah beliau lagi, bajet pada kali ini juga akan memberikan lebih tumpuan kepada golongan isi rumah B40, iaitu berpendapatan bulanan purata RM2,537 dengan mewujudkan pelbagai insentif bagi meningkatkan pendapatan mereka.

---Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China