Cari:
Kabinet Baharu Singapura Angkat Sumpah
2015-10-03 15:33:02 CRI Cetak

Barisan Kabinet baharu Singapura mengangkat sumpah di Istana Presiden semalam, tiga hari selepas Perdana Menteri, Lee Hsien Loong mengumumkan pemilihan pucuk kepemimpinan republik itu dengan menggabungkan tenaga muda dan berpengalaman.

Laporan portal Channel News Asia menyebut, majlis tersebut dihadiri 31 pegawai kerajaan yang kali pertama mengangkat sumpah di hadapan Presiden, Tony Tan Keng Yam.

Jumlah itu termasuk 20 menteri, dan acara angkat sumpah diketuai oleh Hsien Loong disusuli dua Timbalan Perdana Menteri, Tharman Shanmugaratnam dan Teo Chee Hean.

--Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China