Cari:
Jerebu dijangka berakhir bulan depan
2015-10-03 15:35:04 CRI Cetak

Masalah jerebu yang me­landa Indonesia, Singapura dan Malaysia sejak berbulan-bulan lalu dijangka berakhir dalam tempoh sebulan lagi.

Demikian dikatakan Ketua Agensi Pengurusan Bencana Negara Indonesia (BPNP), Willem Rampangile.

Menurutnya, hal ini kerana musim kering yang melanda negara itu dijangka berakhir hanya selepas beberapa kawasan di bahagian utara seperti Riau yang terjejas teruk dengan bencana jerebu mula me­nerima hujan.

Beliau berkata, masalah utama bagi menangani masalah jerebu ialah faktor kekeringan dan bekalan air yang terhad untuk memadam kebakaran yang berlaku di kawasan pertanian dan hutan.

Sehingga kini, jerebu masih lagi menyeliputi beberapa wilayah di Indonesia seperti Sumatera Selatan, Jambi dan Kalimantan Tengah.

--UTUSAN

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China