Cari:
Kawat Tahniah Sempena Ulang Tahun ke-25 Terjalinnya Hubungan Diplomatik China-Singapura
2015-10-03 14:23:55 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Singapura, Tony Tan Keng Yan saling mengutus kawat tahniah sempena ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan diplomatik China-Singapura.

Xi dalam kawat tahniah itu menyatakan, Singapura merupakan negara jiran yang rapat dengan China. Hubungan dua hala terus berkembang. Kedua-dua negara telah mengintensifkan kerjasama secara komprehensif dan telah mencapai kejayaan yang cemerlang selain mengukuhkan koordinasi dan penyelarasan dalam urusan antarabangsa selama 25 tahun selepas terjalinnya hubungan diplomatik. China amat mementingkan hubungan dengan Singapura dan bersedia untuk berusaha bersama-sama dengan Singapura meningkatkan kepercayaan politik, merapatkan kerjasama pragmatik demi menggalakkan hubungan China-Singapura melonjak ke satu tahap yang lebih tinggi.

Tony Tan Keng Yan pula berkata, hubungan Singapura-China terus berkembang dan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara ini semakin rapat dalam 25 tahun yang lalu. Pihaknya bersedia untuk mempergiat kerjasama dua hala demi memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China