Perdana Menteri China, Li Keqiang dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong saling mengutus kawat tahniah sempena ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan diplomatik China-Singapura.
Li dalam kawat tahniah itu berkata, kedua-dua negara ini telah meningkatkan kepercayaan politik, tahap pelaburan ekonomi dan perdagangan selain kerjasama kewangan selama 25 tahun selepas terjalinnya hubungan diplomatik. Interaksi dan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi, pendidikan, perlindungan alam sekitar, modal insan, tadbir urus sosial dan sosiobudaya telah mencapai kejayaan yang cemerlang. Bersempena dengan ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara ini, China bersedia untuk merapatkan kerjasama dengan kerajaan baharu Singapura demi menggalakan hubungan dua hala mencapai kemajuan yang lebih besar.
Lee Hsien Loong pula berkata, Singapura dan China telah menubuhkan hubungan rakan yang saling menguntungkan yang selaras dengan perkembangan semasa. Pihaknya bersedia berusaha bersama-sama dengan China demi menggalakkan hubungan dua hala melonjak ke satu tahap yang lebih tinggi.