Cari:
Penganjur Sedih SCKLM Dibatalkan
2015-10-05 14:58:06 CRI Cetak

 Sebahagian daripada peserta Maraton Standard Chatered KL 2015 meninggalkan Dataran Merdeka selepas acara tersebut dibatalkan akibat jerebu yang melanda Kuala Lumpur semalam.

Walaupun jerebu telah menyebabkan acara Maraton Standard Chartered KL (SCKLM) dibatalkan, hal tersebut tidak menghalang peminat acara ini untuk terus positif.

Malah, pihak penganjur tetap memastikan para penyokong acara itu mendapat layanan terbaik tatkala mereka mengambil pingat, baju-T dan sijil di Dataran Merdeka semalam.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Standard Chartered Malaysia, Mahendra Gursahani dalam kenyataannya semalam menyatakan bahawa pihaknya memohon maaf atas pembatalan SCKLM.

Kesihatan dan keselamatan para peserta tetap menjadi keutamaan.

Walaupun perlumbaan dibatalkan, beliau masih sangat gembira kerana semua peserta berjaya mencapai sasaran Run For A Reason.

Sementara itu, penganjur dan pemilik acara yang juga Pengarah Urusan Dirigo Events, Rainer Biemans yang sedih berikutan pembatalan itu mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh pelbagai pihak.

Walaupun dibatalkan, khemah-khemah yang didirikan di tempat perlumbaan telah dibuka untuk membolehkan para peserta mendapatkan makan dan minuman, sementara mereka mengambil pingat, baju-T dan sijil penyertaan masing-masing.

SCKLM yang dijadualkan berlangsung semalam disertai kira-kira 35,000 peserta dengan laluannya meliputi beberapa kawasan penting sekitar Kuala Lumpur. (Sumber dari Utusan)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China