Cari:
UCT Tubuh Kilang Percetakan 3D di Singapura
2015-10-05 14:39:24 CRI Cetak

Syarikat Ultra Clean Technology (UCT) Amerika Syarikat (AS) menubuhkan kilang percetakan 3D di Singapura baru-baru ini.

Naib Presiden Kanan Asia UCT, Lavi Lev berkata, pihaknya merancang untuk memperluas perkhidmatan pencetakan 3D bagi meneroka pelbagai jenis harta intelektual.

Tambah beliau, teknologi percetakan 3D membolehkan individu dan syarikat kecil menghasilkan barang-barang ganti tanpa perlu melabur untuk membeli peralatan.

Teknologi itu juga membantu syarikat-syarikat besar untuk mempercepat usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D)produk baharu.

Menurut wakil kerajaan Singapura, pemilihan Singapura sebagai tapak kilang percetakan 3D terbesar di Asia Tenggara mencerminkan negara itu sedang menuju ke arah pembangunan industri pembuatan yang lebih maju.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China