Cari:
Penggunaan RMB Bantu Stabilkan Nilai Mata Wang ASEAN
2015-10-07 15:15:59 CRI Cetak

Menteri Perdagangan baharu Indonesia, Thomas Trikasih Lembong menyeru negara-negara ASEAN memperbanyakkan penggunaan mata wang RMB dalam transaksi perdagangan bagi menstabilkan nilai mata wang serantau.

Dalam satu temu bual eksklusif, Thomas berkata, nilai mata wang Rupiah Indonesia dan Ringgit Malaysia mengalami kejatuhan yang teruk pada ketika ini.

Bagi mengurangkan kebergantungan kepada dolar Amerika, bank pusat di pelbagai negara ASEAN disarankan menambah pegangan RMB sebagai rizab pertukaran asing. Negara-negara tersebut juga digalakkan meningkatkan penggunaan RMB bagi menstabilkan nilai mata wang masing-masing.

Tambah beliau, nilai dolar Amerika yang kekal kukuh dan spekulasi peningkatan kadar faedah oleh AS menyebabkan timbulnya pergolakan kewangan di beberapa pasaran baru muncul. Usaha mengurangkan kebergantungan kepada mata wang itu antara cara terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Walapun agregasi ekonomi AS tidak sampai satu perempat agregasi ekonomi global, namun dolar Amerika mewakili 65 peratus rizab pertukaran asing di bank-bank pusat seluruh dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China