Cari:
Indonesia Ikrar Perkasa Pertahanan
2015-10-07 16:22:17 CRI Cetak

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), berjanji untuk menambah baik kelengkapan senjata angkatan tentera, di samping meningkatkan kebajikan anggota tentera negara itu.

Janji tersebut dibuat oleh Jokowi semasa perbarisan tentera yang diadakan di wilayah Banten bersempena dengan ulang tahun ke-70 penubuhan Tentara Nasional Indonesia (TNI) baru-baru ini.

Menurut beliau, selain menambah baik kelengkapan senjata, Indonesia juga perlu memperkasakan kekuatan pertahanan secara komprehensif dalam tempoh lima tahun akan datang.

Sebuah pasukan pertahanan maritim yang cekap perlu ditubuhkan bagi membolehkan Indonesia memainkan peranan yang penting dalam urusan pertahanan maritim di rantau Asia Timur.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China