Cari:
Jumlah Pelancong Asing di Indonesia Meningkat 2.87 Peratus
2015-10-08 14:15:09 CRI Cetak

Menurut statistik Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) baru-baru ini, sektor pelancongan seluruh dunia meningkat 4 peratus dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini. Antaranya bilangan pelancong asing di Indonesia meningkat 2.87 peratus.

Bilangan pelancong China ke Indonesia meningkat 20.74 peratus dan menduduki tempat pertama daripada jumlah pelancong asing di negara itu.

Menteri Pelancongan Indonesia, Aarif Yahya berkata, dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, jumlah pelancong asing ke Indonesia mencatat 855.4 ribu orang dan angka tersebut adalah lebih tinggi daripada jangkaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China