Cari:
Singapura dan Malaysia Adakan Konsultasi tentang Projek Pembinaan Kereta Api Laju
2015-10-08 15:00:21 CRI Cetak

Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Malaysia mengeluarkan kenyataan bersama semalam yang menyatakan bahawa Singapura dan Malaysia akan mengadakan konsultasi tentang pelan pembinaan kereta api laju Singapura-Malaysia.

Konsultasi tersebut dijangka akan selesai pada penghujung tahun ini dan ini menandakan projek yang telah tergendala lama itu memasuki fasa baharu.

Menurut kenyataan itu, permintaan untuk maklumat (RFI) bertujuan untuk mendapat pandangan pasaran tentang projek tersebut dan mengumpulkan pendapat dari aspek komersial dan teknikal untuk dijadikan rujukan dalam rundingan dua hala pada masa hadapan.  

Projek pembinaan kereta api laju Singapura-Malaysia dianggap amat bermakna dalam meningkatkan kesalinghubungan dan mengeratkan lawatan rakyat kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China